CIRI-CIRI PRODUK
Bumbung merupakan pelaburan yang paling mencabar bagi rumah anda.
Kebanyakan rumah, bumbung merupakan 50% dari permukaan luaran, namun, dengan hanya sedikit kebocoran pada bumbung berkemungkinan akan merosakkan 90% dalaman rumah anda! Bagaimana untuk menurunkan peratusan kerosakan ini?
Genting GCI adalah jawapannya!
Falsafah pemasaran GCI adalah untuk memberi setiap rumah dengan suatu sistem pemasangan bumbung yang bukan sahaja melindungi dan mencantikkan tetapi juga menjadikan rumah tersebut selesa dari segi termalnya dan estetiknya sehingga menyenangkan rohani dan jasmani anda.
|
 |
Kekuatan
Bila kita bercerita tentang kekuatan, pepatah “kecil-kecil cili padi” boleh digunakan di sini dengan tepat sekali.
Setiap genting GCI beratnya hanya 3kg atau lebih sedikit tetapi dalam susunan erat genting ini terkandung kekuatan bersamaan dengan kekuatan seekor gajah Behemoth. Genting GCI telah diuji dan boleh bertahan sehingga ke 400kg. Ujian yang telah dijalankan ke atasnya merupakan ujian yang terkuat, dan genting ini juga telah mematuhi malah melangkaui standard kualiti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Singapura.
|
Keteguhan
Genting GCI telah diuji untuk mematuhi dan untuk melangkaui standard Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Singapura. Ia boleh bertahan terhadap impak yang kuat tanpa sumbing atau retak. Kepadatannya hanya membenarkan penyerapan air yang sedikit untuk melindungi dari lebihan berat dan dari ketepuan atap semasa hujan lebat, dan seterusnya melindungi bangunan anda.
Kebocoran bermula dari sedikit retakan. Untuk mengurangkan retakan, anda perlu genting yang kuat. Genting GCI mempunyai kekuatan untuk mewujudkan percikan api tanpa sumbing atau retak. Ini merupakan suatu demonstrasi yang anda perlu lihat sendiri untuk mempercayainya!
|
 |
 |
Percantuman
Genting GCI saling bercantum untuk perlindungan maksimum terhadap cuaca dan keselamatan. Ia direka cipta untuk mengelakkan dari air masuk secara efektif disamping menjadikan kejadian pecah masuk rumah menjadi sangat sukar!
|
Sahabat kepada Muka Bumi
Mesra alam, kitar semula dan hijau adalah perkataan-perkataan yang menjadikan GCI dekat di hati…Bahan asas yang digunakan GCI adalah tanah liat. Tiada sebarang benda yang lebih mesra alam yang boleh dibandingkan dengannya. Secara ironinya genting bumbung dari tanah liat GCI asasnya menggunakan bahan semula jadi yang terbaik untuk melindungi manusia dari unsur semula jadi yang paling buruk; matahari, hujan dan angin.
|
 |
 |
Keselesaan Termal
Sifat semula jadi tanah liat ialah ia merupakan pengalir haba yang tidak baik, menjadikannya bahan yang paling sesuai sebagai bumbung. Ini kerana penebat haba dan keselesaan termal merupakan isu penting dalam pemilihan bumbung. Menggunakan genting bumbung tanah liat GCI bukan sahaja menjimatkan wang dalam penggunaan tenaga dan kos tetapi juga mengawal suhu dalaman. Ini adalah sama seperti membawa sedikit keadaan sejuk di Alps kepada rumah anda semasa musim panas atau merasai sedikit bahang matahari semasa musim sejuk.
Dalam kajian terkini oleh Universiti Putra Malaysia, En. Mohd Peter Davis & Puan Nor Azian Nordin membuktikan apabila menggunakan genting bumbung tanah liat GCI, suhu dalaman rumah tersebut lebih dingin. Maka ia secara positif boleh menyumbang dan memberi keselesaan termal penghuni bangunan tersebut. Malah, hasil dari kajian mereka juga mendedahkan bahawa genting bumbung tanah liat GCI memberi perbezaan 2-3 C lebih dingin berbanding genting konkrit.
|
| |