GOLDEN CLAY INDUSTRIES
Golden Clay Industries Sdn Bhd merupakan yang pertama di Asia menggunakan teknologi Perancis-Jerman yang terkini di dalam penghasilan genting bumbung tanah liat. Kilang yang tercanggih ini dilengkapi dengan DUA komputer berpaten dalam sistem Pembakaran Pengacuan-Hidro Terowong Tanur, di mana ia mengadaptasikan pembakaran genting secara mendatar di dalam setiap individu tiang-H yang refraktori. Genting GCI telah terkenal dengan ketepatan ukurannya dan kekonsistenan warnanya.
PROSES PEMBUATAN
1.Kuari
Bahan mentah yang kaya dengan tanah liat diambil dan dilonggokkan untuk beberapa waktu sebelum diangkut dengan lori ke kilang.
 
2. Kemasukan Bahan Mentah
Setelah dibawa dari tempat penyimpanan, bahan mentah ini dituang ke dalam Pengadun untuk dimampatkan dan dicampur dengan air sehingga mendapat kandungan lembapan yang betul.
 
3. Pemancut
Udara dikeluarkan dengan cara melalukan bahan melalui ruang vakum dan dipancut keluar melalui pemancut dengan tekanan yang sangat tinggi untuk membentuk kepingan tanah liat.
 
4. Pemotong
Kepingan tanah liat dipotong mengikut saiz untuk ditekan dalam proses pembentukan.
 
5. Penekan
Kepingan tanah liat ditekan menjadi bentuk dan profil yang khusus.
 
6. Pengering
Genting yang telah ditekan dimasukkan ke dalam Pengering untuk membuang semua kandungan lembapannya.
 
7.Pengendalian & Pengangkutan secara Automatik
Genting yang telah kering dipindahkan secara automatik ke unit mewarna untuk warna dan kemasan yang berbagai pilihan.
 
8. Tanur
Genting yang telah kering disusun secara individu seperti tiang-H yang refraktori untuk dibakar dalam suhu 1,060°C didalam Terowong Tanur Pengacuan-Hidro yang berpaten supaya ia tahan lama dan mempunyai ciri-ciri sebagai penebat yang sangat baik.
 
9. Pembungkusan
Genting yang telah dibakar diperiksa kualitinya sebelum dibungkus vakum dan diletakkan di dalam peti atau di atas palet supaya mudah dikendalikan.
 
   
10. Penyimpanan Stok
Barang-barang yang telah siap dibungkus dikumpulkan dan disimpan sebagai stok di gudang, sedia untuk diedarkan.
 
11. Pemuatan ke dalam Kontena
Barang-barang dimuatkan ke dalam kontena untuk dieksport.
 

Sila rujuk kepada terma penggunaan kami, sebelum meneruskan penggunaan.
Lebih jelas ditonton dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 1024x768 piksel.
Jika anda ada sebarang komen atau masalah menggunakan laman web ini, sila hantarkannya kepada webmaster.
Golden Clay Industries Sdn Bhd. ©Copyright Reserved 2008

Laman web ini direka cipta dan diselenggara oleh Artimage Sdn Bhd