| |
Golden clay industries sdn bhd
MEMBERI INSPIRASI KE ARAH DIMENSI BARU DI DALAM SISTEM PEMASANGAN BUMBUNG
Hakikatnya telah terbukti bahawa atap genting dari tanah liat menjadi pilihan utama dalam pemilihan bumbung di seluruh dunia berabad-abad lamanya. Orang-orang Mesir purba dan Babylon telah menggunakannya….Orang-orang Yunani dan Rom telah mengindahkan rumah mereka dengannya….Seni bina Sepanyol dan Mediterranean telah menjadi terkenal oleh kerananya…..Dan sekarang, dengan teknologi yang mengubah tradisi dalam bidang pengeluaran dan membariskan pilihan warna dan tekstur baru yang berbagai, atap genting tanah liat telah sekali lagi memberikan inspirasi ke arah dimensi baru dalam menghiasi rumah-rumah kontemporari dan bangunan-bangunan komersil.
Mendahului era baru teknologi pemasangan bumbung sejak 1995 di rantau ini, Golden Clay Industries Sdn Bhd (GCI) telah melabur di sebuah lagi tapak perkilangan di Yong Peng, Johor, Malaysia yang berharga jutaan dolar. Di tapak kilang yang baru ini, di mana ia dibina bersebelahan dengan kilang yang sedia ada, akan menyediakan pilihan profil yang berlainan kepada pengguna. Dengan limpahan bahan mentah iaitu tanah liat yang berkualiti dari kawasan tersebut, GCI menggunakan mesin yang mempunyai tahap pencapaian Perancis-Jerman yang mutakhir bersama dengan sistem Pembakaran Pengacuan-Hidro Terowong Tanur dengan penggunaan komputer yang berpaten, di mana ia mengadaptasikan pembakaran genting secara mendatar di dalam setiap individu tiang-H yang refraktori. Oleh sebab itu GCI telah jelas mencipta suatu piawaian yang baru di dalam penggunaan atap genting tanah liat yang menekankan kualiti dan keindahan.
Kami yakin dan bersedia untuk memenuhi permintaan pasaran dan saingan, dengan kapasiti pengeluaran yang dianggarkan berjumlah 22 juta genting pada setiap tahun. GCI berupaya mencapai ke tahap ini kerana kami menggunakan proses automatik dan piawaian ISO kami yang ketat dan bertaraf antarabangsa. GCI telah membuat komitmen untuk sentiasa mengkaji dan memajukan lagi bagi memastikan setiap genting yang dihasilkan berkualiti tinggi, dalam setiap fasa pengeluarannya dan dalam setiap jenis genting yang dihasilkannya.
Falsafah Kami:
Untuk menyediakan setiap rumah dengan suatu sistem pemasangan bumbung yang bukan sahaja melindungi dan mencantikkan tetapi juga menjadikan rumah anda selesa dari segi termalnya dan estetiknya sehingga menyenangkan rohani dan jasmani anda |

Klik di sini untuk melihat sijil antarabangsa kami yang lain
“Selepas mencuba segala-galanya di dalam penyelidikan ini yang merupakan penyelidikan yang begitu bersungguh-sungguh dan penuh ketekunan, maka dapat diketahui bahawa , tiada lagi yang lebih sesuai sebagai pelindung bumbung selain dari genting tanah liat yang dibakar.”
Petikan dari – Leon Ballista Albert (1404-1472) Pengarang buku terkenal “Ten Books on Architecture” dan “universal genius” dari zaman Pembaharuan Renaissance Itali.
|